Sunday, March 16, 2014

PERALATAN SOLEKAN

BERUS & SIKAT
Terdapat 2 jenis berus yg tersedia di pasaran iaitu :

  • Berus yg berkualiti tinggi dihasilkan dari bulu haiwan
  • Berus yg berkualiti rendah dihasilkan dari bahan nilon


SIKAT ALIS (EYEBROW COMB)
Fungsi : merapikan susunan bulu kening


SIKAT BULU MATA (EYELASHES COMB)
Fungsi : membebaskan bulu mata dari serpihan maskara yg menggumpal


DEFINER BRUSH
Fungsi :  untuk melukis atau merapikan garisan yg dilukis dengan pensil atau pembayang mata


EYELINER BRUSH
Terdapat 2 jenis iaitu :
  • Berus dengan bulu-bulu halus tetapi agak panjang dan runcing. Dalam keadaan basah, ia boleh digunakan untuk melukis 'eyeliner' setelah disapu pada eyeshadow. Dalam keadaan kering pula, berus ini boleh digunakan sebagai aplikator eyeliner cecair.
  • Berus dengan bulu-bulu halus tetapi agak gemuk dan hujungnya membulat. Berfungsi untuk 'menghaluskan' serta meratakan eyeliner yg telah dicipta menggunakan celak atau pensil mata.




BERUS BIBIR (RETRACTABLE LIP BRUSH)
Fungsi : digunakan untuk mewarna dan mengilat bibir. Juga sesuai untuk membentuk bibir dan mendapatkan warna lebih sekata.
Ciri-ciri : bulu lembut/berukuran sederhana/hujung yg tirus


BERUS BEDAK PENYAMAR NODA (CONCEALER BRUSH)
Fungsi : digunakan untuk menutup cela seperti parut atau lingkaran hitam di sekitar mata serta di bahagian sudut mata yg sukar dijangkau.
Ciri-ciri : pelbagai saiz/bulu lembut berhujung rata



BERUS PEMBAYANG MATA (EYESHADOW BRUSH)
Terdapat beberapa jenis :
  • Berbentuk pipih/hujung yg nipis/tekstur bulu-bulu lembut. Digunakan untuk membentuk garis (hujung berus dengan kedudukan mendatar). Dan digunakan untuk 'mengisi' dan mencampurkan warna (hujung berus dalam keadaan menegak)
  • Berbentuk gemuk/hujung membulat/tekstur bulu lembut. Digunakan untuk memperkemaskan serta menghaluskan hasil solekan terutama di bahagian mata yg disapu dengan pembayang mata. Penggunaannya tidak perlu ditekankan sangat. Juga berfungsi untuk membentuk serta menghaluskan bayangan di bahagian hidung.
  • Berus ini terdiri dari pelbagai saiz dan ukuran. Berus kecil digunakan sebagai aplikator di bahagian yg perlu ditekankan atau untuk membentuk garis seperti di bahagian sudut mata atau di tepi kelopak mata. Berus besar pula digunakan untuk membentuk 'highlight'.
  • Secara prinsipnya, semakin ke atas, semakin besarlah saiz berus yg digunakan. Berus juga boleh digunakan dalam keadaan basah untuk mendapatkan hasil warna yg lebih pekat.


BERUS KIPAS (FAN BRUSH)
Fungsi : membuang lebihan bedak di permukaan kulit dengan kemas dan berkesan
ciri-ciri : berbentuk pipih & melebar / diperbuat dari bulu-bulu yg sangat halus



LG ANGLE CONTOUR / BERUS SHADING
Fungsi : digunakan untuk 'shading' untuk membentuk wajah terutamanya pada bahagian-bahagian wajah yg bersudut seperti hidung / rahang.
Ciri-ciri : berus tebal / bulu-bulu lembut / hujung yg menyerong



STIPPLING BRUSH / BERUS PEMERAH PIPI
Fungsi : sesuai untuk aplikasi bedak / pemerah pipi. Gunakan untuk mendapatkan kesan paling natural.
Ciri-ciri : berus besar / batang yg runcing / bulu sederhana tebal




BERUS BEDAK / LARGE SHADER
Fungsi : digunakan untuk aplikasi bedak kompak atau debu. Berus ini juga mampu membuang lebihan bedak atau sebagai kemasan akhir iaitu sebagai alat mencampur dan meratakan kosmetik di akhir solekan.
Ciri-ciri : berbatang besar / bulu-bulu lembut & gemuk




REPLACEABLE SPONGE TIP APPLICATOR
Fungsi : digunakan bersama pembayang mata bentuk kompak dengan satu atau dua warna yg seakan-akan sama atau senada.
Ciri-ciri : Aplikator ini mempunyai hujung yg diperbuat dari span. Sangat sesuai untuk aplikasi pembayang mata.




SPAN & PUFF

VELOUR POWDER PUFF
Berbentuk bulat dan dihasilkan dari bahan flannel. Ia juga menyerupai baldu yg lembut.Terdapat 2 jenis :
  1. Besar : Fungsinya sebagai aplikator bedak debu pada wajah
  2. Kecil : Fungsinya sebagai aplikator bedak kompak pada wajah




SPAN RHOMBOID
Dihasilkan daripada bahan lateks. Digunakan untuk meratakan bedak penyamar noda (concealer) atau bedak asas pada bahagian-bahagian wajah yg sempit atau bersudut seperti di bahagian bawah mata, kelopak mata, dan hidung.




SPAN BULAT
Span ini dihasilkan dari bahan lateks yg tidak menyerap. Bedak asas diaplikasikan dengan menggunakan span ini.




BEBERAPA APLIKATOR SERTA ALAT YANG DIPERLUKAN UNTUK PENGAPLIKASIAN KOSMETIK DAN SOLEKAN PADA WAJAH

PENCUKUR BULU KENING (EYEBROW SHAVER)
Alat ini serupa seperti pisau yg bergerigi digunakan untuk mencukur dan membentuk kening.




PENYEPIT (TWEEZER)
Alat ini diperbuat dari logam dengan hujung yg pipih. Digunakan untuk mencabut bulu kening yg tidak diperlukan dan digunakan untuk memasang bulu mata palsu.




GUNTING KECIL (SMALL SCISSORS)
Digunakan untuk merapikan bulu kening yg terlalu panjang agar ia kelihatan rapi dan tersusun.




GAM BULU MATA (EYELASHES GLUE)
Sejenis gam yg dihasilkan khusus untuk melekat bulu mata.


BULU MATA PALSU (FAKE EYELASHES)
Diperbuat dari bahan sintetik. Terdapat pelbagai bentuk dan warna. Setiap jenis akan memberikan kesan yg berbeza pada wajah selain daripada membetulkan kekurangan pada mata.




SCOTCH TAPE MATA
Sejenis pita pelekat atau plaster yg diperbuat dari bahan berupa plastik atau kertas khusus yg boleh menerima warna solekan di bahagian mata. Berfungsi untuk menganjalkan kelopak mata yg jatuh atau boleh juga digunakan untuk membentuk kelopak mata.




ALAT_ALAT SOKONGAN

PELENTIK BULU MATA (EYELASHES CURLER)
Terdapat dua versi iaitu plastik & logam. Berbentuk melengkung mengikut kontur mata.Di bahagian penyepitnya terdapat sejenis getah dengan tekstur yg lembut. Terdapat 2 saiz :
  • Besar : untuk melentikkan bulu mata secara keseluruhan
  • Kecil : untuk melentikkan bulu mata di bahagian tertentu sahaja atau sisi lain yg tidak terjangkau oleh pelentik yg besar.




PENGASAH PENSIL (PENCIL SHARPENER)
Digunakan untuk mengasah pensil untuk menajamkan semua alat kosmetik berbentuk pensil seperti pensil mata, eyeliner atau lipliner.




PUTIK KAPAS (COTTON BUD)
Digunakan untuk membetulkan bentuk alis, memberi kesempurnaan pada riasan mata, dan menyerap air mata yg keluar disebabkan sifat mata yg sensitif ketika diadun kosmetik pada bahagian mata.




EYE REMOVER
Sejenis cecair yg digunakan untuk membersihkan mekap seperti eyeshadow, maskara, gam bulu mata palsu atau eyeliner.


Saturday, March 15, 2014

KOSMETIK MATA

PEMBAYANG MATA (EYESHADOW)
Fungsi : memberikan rona pada mata
Ciri-ciri : padat/krim/debu (powder)
Cara penggunaan : disapukan pada kelopak mata dengan menggunakan berus atau hujung jari.
Fungsi lain : digunakan untuk membentuk alis mata sehingga terhasilnya kesan tebal dan natural. Pembayang mata (bentuk padat) dengan warna yg lebih gelap seringkali digunakan pada celah-celah alis mata kemudian disikat bagi mengemaskannya.
Juga digunakan sebagai pembentuk mata dengan menggunakan berus kecil yg lembap.



MASKARA
Fungsi : menebal dan melentikkan bulu mata
Ciri-ciri : cecair dan didatangkan dalam tabung kecil yg dilengkapi dengan aplikator khas.



EYELINER
Tujuan : untuk menampilkan mata yg lebih ekspresif
Fungsi : membentuk mata
Ciri-ciri : pensil/cecair
Cara penggunaan : gunakan berus khas yg bersih (eyeliner jenis cecair).
Penggunaan berus maskara sebenarnya memberikan hasil yg kurang kemas.



PENSIL MATA
Fungsi : membentuk dan memberikan kesan tebal pada kening atau alis.
Penggunaannya adalah secara langsung pada kening.


KOSMETIK BIBIR

PEWARNA BIBIR ATAU GINCU (LIPSTICK)
Fungsi : memberi rona pada bibir
Ciri-ciri : stick/cecair/krim
Cara penggunaan : dioles pada bibir dengan menggunakan berus khas





PENSIL BIBIR (LIPLINER)
Fungsi : membentuk garis bibir
Ciri-ciri : berbentuk pensil
Cara penggunaan : digunakan secara langsung di sekeliling garis luar bibir.
Lazimnya penggunaan pensil bibir (lipliner) adalah tidak mengikut garis bibir bagi mendapatkan rias wajah yg sempurna.



PENGILAT BIBIR (LIP GLOSS)
Fungsi : memberi kilauan pada bibir
Ciri-ciri : tiub/balsam


KOSMETIK WAJAH

BEDAK PENYAMAR NODA (CONCEALER)
Fungsi : menutup sebarang lubang atau jerawat pada wajah dan menyamarkan noda serta lingkaran hitam di bawah mata.
Ciri-ciri : krim, padat atau tiub.
Cara penggunaan : menggunakan jari atau berus kecil (untuk noda-noda kecil/bahagian sudut mata) Penggunaan span adalah lebih efektif untuk meratakan bedak penyamar noda (concealer) pada bahagian wajah yg lebih luas.



BEDAK ASAS (FOUNDATION)
Juga dikenali sebagai alas bedak.
Fungsi : memberi kesan mulus pada wajah
Ciri-ciri : krim, stick, kompak (padat), cecair (liquid). Pelbagai gradasi warna.
Cara penggunaan : menggunakan jari, span gemuk atau span segi tiga dari bahan sintetik.


JENIS BEDAK ASAS (FOUNDATION)
1. Bedak Asas
Yg kekal sepanjang hari merupakan bedak asas yg terbaik untuk mendapatkan hasil solekan paling rapi dan menarik.
Amat sesuai digunakan untuk menyembunyikan noda-noda dan parut wajah yg menghodohkan serta boleh mencacatkan penampilan.

2. Bedak Asas jenis krim (Cream Foundation)
Ciri-ciri : lebih pekat, kaya dengan bahan pelembap.
Sesuai untuk jenis kulit kering dan matang.
Tidak sesuai untuk jenis kulit yg berminyak.



3. Bedak Asas Padat (Cake Powder)
Cepat dan mudah digunakan.
Kombinasi bedak asas & bedak debu.
Mempunyai dwi-fungsi.
Digunakan untuk menyesuaikan warna bedak pada beberapa bahagian atas badan (leher/dada/lengan).
Cara penggunaan : gunakan span
Tidak sesuai digunakan dengan berus.






4. Two Way Cake Powder 
Kombinasi bedak asas dan bedak yg mempunyai fungsi berganda.
Cara penggunaan : sebagai bedak asas gunakan span basah manakala sebagai bedak gunakan span kering.



5. Bedak Asas Jenis Cecair (Liquid Foundation)
Lembut dan mudah dioles pada kulit wajah. Memberikan impak semulajadi pada solekan wajah. Sesuai digunakan pada semua jenis kulit kecuali kulit wajah kering. Bagi kulit wajah yg berminyak anda boleh memilih bedak asas cecair yg bebas dari kandungan minyak.

Lain-lain Fungsi Bedak Asas
  • Sebagai shading dan highlight pada beberapa bahagian wajah agar wajah tampil lebih seimbang. Untuk tujuan ini, penggunaan pelbagai jenis dan tingkat warna bedak asas adalah perlu untuk mendapatkan hasil yg diinginkan. Ia perlu disesuaikan dengan bahagian yg ingin digelapkan (shading) atay diterangkan (highlight).
  • Sebagai penyamar noda, bedak asas dari jenis krim yg pekat sesuai dengan warna kulit adalah paling ideal.

Bedak Debu (Loose Powder)
Fungsi : menyatukan bedak asas dan bedak penyamar noda (concealer) dengan kulit. Menjadikan pori-pori kulit tampak lebih kecil dan solekan tahan lebih lama.
Cara penggunaan : menggunakan sebatang berus besar atau velour powder puff bersaiz besar.

BEDAK KOMPAK (COMPACT POWDER)
Fungsi : memberikan hasil yg lebih rapi & lembut pada solekan wajah secara keseluruhan.
Ciri-ciri : kemasan padat
Cara Penggunaan : menggunakan velour powder puff




PEMERAH PIPI (BLUSHER)
Fungsi : memberi rona pada pipi/shading (untuk menghasilkan bentuk wajah yg lebih sempurna).
Ciri-ciri : padat & krim
Cara penggunaan : menggunakan berus besar (padat), menggunakan jari (krim).

PERSIAPAN

PENYEGAR & JENIS KULIT
Pada masa kini, terdapat beberapa produk penyegar di pasaran seperti toner, astringent dan clarifying lotion.
Untuk kulit berminyak dan berjerawat : gunakan astringent atau clarifying lotion kerana kedua-duanya mengandungi alkohol yg bersifat mengeringkan. Namun jangan digunakan secara berlebihan agar kulit tidak menjadi terlalu kering, kasar, atau beriritasi. Produk penyegar yg paling sesuai digunakan untuk kulit berminyak adalah yg mengandungi timun.
Kulit normal : toner
Kulit sensitif : pilihlah penyegar (toner) khusus untuk kulit sensitif.

Contoh Penyegar Tanpa Alkohol



PERSIAPAN

CLEANSER & JENIS KULIT
Harga yg mahal tidak menjamin sesuatu produk kosmetik itu berkesan. Dan harga yg mahal juga tidak menjamin pencuci yg digunakan sesuai dengan jenis kulit seseorang individu. Namun, yg perlu dipertimbangkan adalah pencuci yg tidak mengandungi terlalu banyak pewangi (fragrance).
Kulit normal - kering : pilih pencuci jenis krim (creamy cleanser) atau gel.
Kulit berminyak : pilih pencuci jenis gel kerana ia mengandungi hanya sedikit alkali atau pilihlah pencuci yg bebas minyak (oil free).
Sumber gambar : Google

PERSIAPAN

MENYEGARKAN KULIT WAJAH
Setelah wajah dibersihkan, gunakan penyegar yg sesuai dengan jenis kulit anda (lihat kotak penyegar & jenis kulit).
Fungsi penyegar : menyegarkan kulit wajah, mengurangkan kadar minyak, dan mengecilkan pori-pori.

MEMAKSIMUMKAN KEADAAN KULIT
Untuk memaksimumkan keadaan kulit gunakan serum khas agar kulit wajah tetap anjal, segar, dan lembut. Serum membantu mengatasi masalah penuaan dan kulit tidak terasa kering dan kasar. Solekan juga akan mudah dan lancar jika diaplikasikan pada kulit yg halus dan lembut. Hasilnya juga pasti akan lebih memuaskan dan mengagumkan.