Langkah-langkah dalam peringkat persiapan :
Membersihkan Wajah
Langkah yg paling asas dan perlu dilakukan setiap hari.
Tujuan : membersihkan kulit agar pori-pori kulit tidak tersumbat dengan kekotoran dari persekitaran.
Untuk pembersihan wajah yg efektif, perkara-perkara berikut perlu diambil kira :
- Gunakan pembersih yg sesuai dengan jenis kulit (lihat kotak pencuci & jenis kulit). Lakukan pembersihan kulit berpandukan arahan yg tertera pada produk.
- Pembersihan tambahan perlu dilakukan jika kita menggunakan solekan yg tebal dan kosmetik yg banyak pada wajah :
- Pertama, gunakan pembersih khusus untuk bahagian mata dan bibir. Bersihkan garis mata dengan menggunakan putik kapas dari arah luar menuju ke sudut dalam mata. Gunakan tisu untuk membersihkan lapisan kulit wajah yg masih terasa berminyak. Elakkan menggosok kulit wajah kerana dikhuatiri tindakan tersebut akan menyebabkan luka atau iritasi pada kulit.
- Pembersihan wajah hendaklah dilakukan secara menyeluruh iaitu dengan menggunakan pembersih dan diikuti pula dengan penyegar (toner).
- Sekiranya langkah pembersihan masih belum di tahap maksimum, lakukan sekali lagi. Secara umumnya, ia dilakukan dengan menggunakan sabun muka yang merupakan sebahagian daripada rangkaian sabun pembersig (double cleansing).
- Walaupun begitu, pembersih dalam bentuk sabun sama ada berbentuk buku, cecair atau buih pembersih biasanya tidak begitu efektif di dalam menanggalkan sisa-sisa solekan.
No comments:
Post a Comment