- Kenali kelemahan dan kekurangan wajah
- Fahami keinginan diri, sejauh manakah 'berani' berubah. Misalnya, jangan sekali-kali memaksa diri menggunakan warna-warna terang sedangkan anda tidak menyukai warna-warna sedemikian.
- Di dalam keinginan untuk melakukan perubahan, tidak perlu menjadi seseorang yang lain. Sebaliknya, jaga dan pertahankan kecantikan peribadi yang dimiliki.
- Perubahan yang ingin dilakukan perlu sesuai dengan umur dan keadaan.
- Sebelum bersolek pastikan kulit wajah disiapkan terlebih dahulu seperti proses pembersihan, penyegaran dan juga aplikasi serum. Tujuannya supaya solekan di wajah anda tahan lebih lama dan sempurna.
- Kenali setiap peralatan kosmetik dan alat-alat kecantikan yang lain.
- Fahami dan sentiasa menyedari hakikat bahawa solekan yang ideal hanyalah untuk menjadikan bahagian wajah yang kurang sempurna tampak lenih cantik dan menarik. Walaupun begitu, solekan dan riasan wajah perlulah kelihatan natural dan semula jadi.
- Sentiasa yakin dengan kecantikan diri.
^_^
No comments:
Post a Comment