Fungsi : menutup sebarang lubang atau jerawat pada wajah dan menyamarkan noda serta lingkaran hitam di bawah mata.
Ciri-ciri : krim, padat atau tiub.
Cara penggunaan : menggunakan jari atau berus kecil (untuk noda-noda kecil/bahagian sudut mata) Penggunaan span adalah lebih efektif untuk meratakan bedak penyamar noda (concealer) pada bahagian wajah yg lebih luas.
BEDAK ASAS (FOUNDATION)
Juga dikenali sebagai alas bedak.
Fungsi : memberi kesan mulus pada wajah
Ciri-ciri : krim, stick, kompak (padat), cecair (liquid). Pelbagai gradasi warna.
Cara penggunaan : menggunakan jari, span gemuk atau span segi tiga dari bahan sintetik.
JENIS BEDAK ASAS (FOUNDATION)
1. Bedak Asas
Yg kekal sepanjang hari merupakan bedak asas yg terbaik untuk mendapatkan hasil solekan paling rapi dan menarik.
Amat sesuai digunakan untuk menyembunyikan noda-noda dan parut wajah yg menghodohkan serta boleh mencacatkan penampilan.
2. Bedak Asas jenis krim (Cream Foundation)
Ciri-ciri : lebih pekat, kaya dengan bahan pelembap.
Sesuai untuk jenis kulit kering dan matang.
Tidak sesuai untuk jenis kulit yg berminyak.
3. Bedak Asas Padat (Cake Powder)
Cepat dan mudah digunakan.
Kombinasi bedak asas & bedak debu.
Mempunyai dwi-fungsi.
Digunakan untuk menyesuaikan warna bedak pada beberapa bahagian atas badan (leher/dada/lengan).
Cara penggunaan : gunakan span
Tidak sesuai digunakan dengan berus.
4. Two Way Cake Powder
Kombinasi bedak asas dan bedak yg mempunyai fungsi berganda.
Cara penggunaan : sebagai bedak asas gunakan span basah manakala sebagai bedak gunakan span kering.
5. Bedak Asas Jenis Cecair (Liquid Foundation)
Lembut dan mudah dioles pada kulit wajah. Memberikan impak semulajadi pada solekan wajah. Sesuai digunakan pada semua jenis kulit kecuali kulit wajah kering. Bagi kulit wajah yg berminyak anda boleh memilih bedak asas cecair yg bebas dari kandungan minyak.
Lain-lain Fungsi Bedak Asas
- Sebagai shading dan highlight pada beberapa bahagian wajah agar wajah tampil lebih seimbang. Untuk tujuan ini, penggunaan pelbagai jenis dan tingkat warna bedak asas adalah perlu untuk mendapatkan hasil yg diinginkan. Ia perlu disesuaikan dengan bahagian yg ingin digelapkan (shading) atay diterangkan (highlight).
- Sebagai penyamar noda, bedak asas dari jenis krim yg pekat sesuai dengan warna kulit adalah paling ideal.
Bedak Debu (Loose Powder)
Fungsi : menyatukan bedak asas dan bedak penyamar noda (concealer) dengan kulit. Menjadikan pori-pori kulit tampak lebih kecil dan solekan tahan lebih lama.
Cara penggunaan : menggunakan sebatang berus besar atau velour powder puff bersaiz besar.
BEDAK KOMPAK (COMPACT POWDER)
Fungsi : memberikan hasil yg lebih rapi & lembut pada solekan wajah secara keseluruhan.
Ciri-ciri : kemasan padat
Cara Penggunaan : menggunakan velour powder puff
PEMERAH PIPI (BLUSHER)
Fungsi : memberi rona pada pipi/shading (untuk menghasilkan bentuk wajah yg lebih sempurna).
Ciri-ciri : padat & krim
Cara penggunaan : menggunakan berus besar (padat), menggunakan jari (krim).
No comments:
Post a Comment