Terdapat 2 jenis berus yg tersedia di pasaran iaitu :
- Berus yg berkualiti tinggi dihasilkan dari bulu haiwan
- Berus yg berkualiti rendah dihasilkan dari bahan nilon
SIKAT ALIS (EYEBROW COMB)
Fungsi : merapikan susunan bulu kening
SIKAT BULU MATA (EYELASHES COMB)
Fungsi : membebaskan bulu mata dari serpihan maskara yg menggumpal
DEFINER BRUSH
Fungsi : untuk melukis atau merapikan garisan yg dilukis dengan pensil atau pembayang mata
EYELINER BRUSH
Terdapat 2 jenis iaitu :
- Berus dengan bulu-bulu halus tetapi agak panjang dan runcing. Dalam keadaan basah, ia boleh digunakan untuk melukis 'eyeliner' setelah disapu pada eyeshadow. Dalam keadaan kering pula, berus ini boleh digunakan sebagai aplikator eyeliner cecair.
- Berus dengan bulu-bulu halus tetapi agak gemuk dan hujungnya membulat. Berfungsi untuk 'menghaluskan' serta meratakan eyeliner yg telah dicipta menggunakan celak atau pensil mata.
BERUS BIBIR (RETRACTABLE LIP BRUSH)
Fungsi : digunakan untuk mewarna dan mengilat bibir. Juga sesuai untuk membentuk bibir dan mendapatkan warna lebih sekata.
Ciri-ciri : bulu lembut/berukuran sederhana/hujung yg tirus
BERUS BEDAK PENYAMAR NODA (CONCEALER BRUSH)
Fungsi : digunakan untuk menutup cela seperti parut atau lingkaran hitam di sekitar mata serta di bahagian sudut mata yg sukar dijangkau.
Ciri-ciri : pelbagai saiz/bulu lembut berhujung rata
BERUS PEMBAYANG MATA (EYESHADOW BRUSH)
Terdapat beberapa jenis :
- Berbentuk pipih/hujung yg nipis/tekstur bulu-bulu lembut. Digunakan untuk membentuk garis (hujung berus dengan kedudukan mendatar). Dan digunakan untuk 'mengisi' dan mencampurkan warna (hujung berus dalam keadaan menegak)
- Berbentuk gemuk/hujung membulat/tekstur bulu lembut. Digunakan untuk memperkemaskan serta menghaluskan hasil solekan terutama di bahagian mata yg disapu dengan pembayang mata. Penggunaannya tidak perlu ditekankan sangat. Juga berfungsi untuk membentuk serta menghaluskan bayangan di bahagian hidung.
- Berus ini terdiri dari pelbagai saiz dan ukuran. Berus kecil digunakan sebagai aplikator di bahagian yg perlu ditekankan atau untuk membentuk garis seperti di bahagian sudut mata atau di tepi kelopak mata. Berus besar pula digunakan untuk membentuk 'highlight'.
- Secara prinsipnya, semakin ke atas, semakin besarlah saiz berus yg digunakan. Berus juga boleh digunakan dalam keadaan basah untuk mendapatkan hasil warna yg lebih pekat.
BERUS KIPAS (FAN BRUSH)
Fungsi : membuang lebihan bedak di permukaan kulit dengan kemas dan berkesan
ciri-ciri : berbentuk pipih & melebar / diperbuat dari bulu-bulu yg sangat halus
LG ANGLE CONTOUR / BERUS SHADING
Fungsi : digunakan untuk 'shading' untuk membentuk wajah terutamanya pada bahagian-bahagian wajah yg bersudut seperti hidung / rahang.
Ciri-ciri : berus tebal / bulu-bulu lembut / hujung yg menyerong
STIPPLING BRUSH / BERUS PEMERAH PIPI
Fungsi : sesuai untuk aplikasi bedak / pemerah pipi. Gunakan untuk mendapatkan kesan paling natural.
Ciri-ciri : berus besar / batang yg runcing / bulu sederhana tebal
BERUS BEDAK / LARGE SHADER
Fungsi : digunakan untuk aplikasi bedak kompak atau debu. Berus ini juga mampu membuang lebihan bedak atau sebagai kemasan akhir iaitu sebagai alat mencampur dan meratakan kosmetik di akhir solekan.
Ciri-ciri : berbatang besar / bulu-bulu lembut & gemuk
REPLACEABLE SPONGE TIP APPLICATOR
Fungsi : digunakan bersama pembayang mata bentuk kompak dengan satu atau dua warna yg seakan-akan sama atau senada.
Ciri-ciri : Aplikator ini mempunyai hujung yg diperbuat dari span. Sangat sesuai untuk aplikasi pembayang mata.
SPAN & PUFF
VELOUR POWDER PUFF
Berbentuk bulat dan dihasilkan dari bahan flannel. Ia juga menyerupai baldu yg lembut.Terdapat 2 jenis :
- Besar : Fungsinya sebagai aplikator bedak debu pada wajah
- Kecil : Fungsinya sebagai aplikator bedak kompak pada wajah
SPAN RHOMBOID
Dihasilkan daripada bahan lateks. Digunakan untuk meratakan bedak penyamar noda (concealer) atau bedak asas pada bahagian-bahagian wajah yg sempit atau bersudut seperti di bahagian bawah mata, kelopak mata, dan hidung.
SPAN BULAT
Span ini dihasilkan dari bahan lateks yg tidak menyerap. Bedak asas diaplikasikan dengan menggunakan span ini.
BEBERAPA APLIKATOR SERTA ALAT YANG DIPERLUKAN UNTUK PENGAPLIKASIAN KOSMETIK DAN SOLEKAN PADA WAJAH
PENCUKUR BULU KENING (EYEBROW SHAVER)
Alat ini serupa seperti pisau yg bergerigi digunakan untuk mencukur dan membentuk kening.
PENYEPIT (TWEEZER)
Alat ini diperbuat dari logam dengan hujung yg pipih. Digunakan untuk mencabut bulu kening yg tidak diperlukan dan digunakan untuk memasang bulu mata palsu.
GUNTING KECIL (SMALL SCISSORS)
Digunakan untuk merapikan bulu kening yg terlalu panjang agar ia kelihatan rapi dan tersusun.
GAM BULU MATA (EYELASHES GLUE)
Sejenis gam yg dihasilkan khusus untuk melekat bulu mata.
BULU MATA PALSU (FAKE EYELASHES)
Diperbuat dari bahan sintetik. Terdapat pelbagai bentuk dan warna. Setiap jenis akan memberikan kesan yg berbeza pada wajah selain daripada membetulkan kekurangan pada mata.
SCOTCH TAPE MATA
Sejenis pita pelekat atau plaster yg diperbuat dari bahan berupa plastik atau kertas khusus yg boleh menerima warna solekan di bahagian mata. Berfungsi untuk menganjalkan kelopak mata yg jatuh atau boleh juga digunakan untuk membentuk kelopak mata.
ALAT_ALAT SOKONGAN
PELENTIK BULU MATA (EYELASHES CURLER)
Terdapat dua versi iaitu plastik & logam. Berbentuk melengkung mengikut kontur mata.Di bahagian penyepitnya terdapat sejenis getah dengan tekstur yg lembut. Terdapat 2 saiz :
- Besar : untuk melentikkan bulu mata secara keseluruhan
- Kecil : untuk melentikkan bulu mata di bahagian tertentu sahaja atau sisi lain yg tidak terjangkau oleh pelentik yg besar.
PENGASAH PENSIL (PENCIL SHARPENER)
Digunakan untuk mengasah pensil untuk menajamkan semua alat kosmetik berbentuk pensil seperti pensil mata, eyeliner atau lipliner.
PUTIK KAPAS (COTTON BUD)
Digunakan untuk membetulkan bentuk alis, memberi kesempurnaan pada riasan mata, dan menyerap air mata yg keluar disebabkan sifat mata yg sensitif ketika diadun kosmetik pada bahagian mata.
EYE REMOVER
Sejenis cecair yg digunakan untuk membersihkan mekap seperti eyeshadow, maskara, gam bulu mata palsu atau eyeliner.