Saturday, March 15, 2014

PERSIAPAN

Peringkat persiapan adalah penting. Pada peringkat ini kulit wajah akan dibersihkan untuk membebaskannya dari kotoran, sisa-sisa kosmetik serta lebihan minyak yang melekat pada kulit. Kulit yang halus, bersih dan bersinar (tidak kusam) memudahkan pemakaian kosmetik pada wajah. Secara tidak langsung solekan akan tampal lebih sempurna dan tahan lebih lama.

Langkah-langkah dalam peringkat persiapan :

Membersihkan Wajah
Langkah yg paling asas dan perlu dilakukan setiap hari.
Tujuan : membersihkan kulit agar pori-pori kulit tidak tersumbat dengan kekotoran dari persekitaran.

Untuk pembersihan wajah yg efektif, perkara-perkara berikut perlu diambil kira :
  • Gunakan pembersih yg sesuai dengan jenis kulit (lihat kotak pencuci & jenis kulit). Lakukan pembersihan kulit berpandukan arahan yg tertera pada produk.
  • Pembersihan tambahan perlu dilakukan jika kita menggunakan solekan yg tebal dan kosmetik yg banyak pada wajah :
  • Pertama, gunakan pembersih khusus untuk bahagian mata dan bibir. Bersihkan garis mata dengan menggunakan putik kapas dari arah luar menuju ke sudut dalam mata. Gunakan tisu untuk membersihkan lapisan kulit wajah yg masih terasa berminyak. Elakkan menggosok kulit wajah kerana dikhuatiri tindakan tersebut akan menyebabkan luka atau iritasi pada kulit.
  • Pembersihan wajah hendaklah dilakukan secara menyeluruh iaitu dengan menggunakan pembersih dan diikuti pula dengan penyegar (toner).
  • Sekiranya langkah pembersihan masih belum di tahap maksimum, lakukan sekali lagi. Secara umumnya, ia dilakukan dengan menggunakan sabun muka yang merupakan sebahagian daripada rangkaian sabun pembersig (double cleansing).
  • Walaupun begitu, pembersih dalam bentuk sabun sama ada berbentuk buku, cecair atau buih pembersih biasanya tidak begitu efektif di dalam menanggalkan sisa-sisa solekan.

Friday, March 14, 2014

The Make Over

Dalam solekan perlunya pengetahuan, ketelitian, kesabaran serta persediaan waktu yang mencukupi. Apabila kita hendak merias wajah (bersolek) kita tidak boleh tergesa-gesa. Untuk mendapatkan solekan wajah yang tampak sempurna anda haruslah :
  • Kenali kelemahan dan kekurangan wajah
  • Fahami keinginan diri, sejauh manakah 'berani' berubah. Misalnya, jangan sekali-kali memaksa diri menggunakan warna-warna terang sedangkan anda tidak menyukai warna-warna sedemikian.
  • Di dalam keinginan untuk melakukan perubahan, tidak perlu menjadi seseorang yang lain. Sebaliknya, jaga dan pertahankan kecantikan peribadi yang dimiliki.
  • Perubahan yang ingin dilakukan perlu sesuai dengan umur dan keadaan.
  • Sebelum bersolek pastikan kulit wajah disiapkan terlebih dahulu seperti proses pembersihan, penyegaran dan juga aplikasi serum. Tujuannya supaya solekan di wajah anda tahan lebih lama dan sempurna.
  • Kenali setiap peralatan kosmetik dan alat-alat kecantikan yang lain.
  • Fahami dan sentiasa menyedari hakikat bahawa solekan yang ideal hanyalah untuk menjadikan bahagian wajah yang kurang sempurna tampak lenih cantik dan menarik. Walaupun begitu, solekan dan riasan wajah perlulah kelihatan natural dan semula jadi.
  • Sentiasa yakin dengan kecantikan diri.

^_^